Hilangkan Selsema Pada Bayi

Selsema adalah satu penyakit yang biasa akan dihidapi oleh bayi berusia kurang daripada 12 bulan. Bagi ibu-ibu yang baru menimag cahaya mata pasti perkara ini amat membimbangkan anda semua. Jangan risau...mengikut orang tua-tua,kunyit mampu meredakan selsema pada bayi. Caranya dengan menyapu sedikit parutan kunyit ( boleh digosok dibuntut lesung batu dengan membasahkan sedikt kawasan berkenaan) dibahagian hidung bayi (batang hidung). Selamat mencuba!!!!

Selain daripada itu, pastikan bayi anda tidak terdedah pada keadaan sekeliling yang sejuk dan juga habuk. Kedua-dua faktor ini adalah penyumbang kepada selsema dkalangan bayi. Pastikan juga persekitaran rumah anda atau pusat jagaan bayi bersih, apabila bayi selsema kehadiran virus dan bakteria boleh menyebabkan bayi anda demam panas dan paru-paru nyer dijangkitan kuman. Keadaan ini amat merbahaya kepada bayi anda. Sila berjumpa dengan doktor segera..sekiranya keadaan ini terjadi.

Make a Free Website with Yola.